:: Ayat Seribu Dinar ::

"Dan siapa yg bertaqwa kpd Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar baginya & Dia mendatangkan rezeki kepadanya dari jalan yg tidak disangka-sangka (tidak dijangkakan). Dan sesiapa yg berserah (bertawakal) kepada Allah, maka ia berada dalam jaminan-Nya (dicukupkan keperluannya oleh Allah). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya, dan sesungguhnya Allah menjadikan bagi tiap-tiap sesuatu itu ada ukurannya."

(At-Talaq: 2-3)

Thursday, December 11, 2014

Resepi Pavlova

pavlova dengan hiasan buah strawberi & anggur. kemudian parut choc perisa blueberry.

Dah lama rasanya tak buat pavlova ni. Semenjak sibuk dengan urusniaga Mini Pretzel.

Lepas raya Aidilfitri, sibuk dengan urusan nak pindah rumah pulak, jadi segala order terpaksa tolak dengan pass order kepada kawan2 terdekat.

Bila terlintas nak buat pavlova, mula la menggagau mencari resepi semula.

Haa, dah jumpa pun. Rasa senang hati pulak nak share dengan sesiapa yg masih mencari resepi pavlova yg nampak mudah tapi memerlukan kesabaran dalam membuatnya.

Sebabnya, bermain dengan putih telur (meringue) ni sangat menguji ketabahan..huhu


PAVLOVA
Bahan A:
4 biji                       putih telur [gred A]
170 gm                  gula kastor

Bahan B:
1 sudu kecil         esen vanilla
3 sudu besar      tepung jagung

Cara-cara:
1.       Pukul bahan A dengan hand-mixer. Masukkan gula sedikit demi sedikit [utk pastikan gula sebati].
2.       Pukul sehingga soft peak [jika diterbalikkan bekas, adunan tidak jatuh].
3.       Kemudian masukkan bahan B. Kaup-balik sahaja [utk mengelakkan terlebih gaul].
4.       Paipkan meringue ke atas dulang yg telah dialas dengan baking paper / baking sheet.
5.       Bakar pada suhu 100 oC – 120 OC selama 1 jam 30 minit. [30 minit, api bawah sahaja. 1 jam, api atas bawah]
6.       Setelah siap dibakar, biarkan seketika di dalam oven [jangan terus dibawa keluar oven]. renggangkan pintu oven sedikit sahaja.

TOPPING PAVLOVA
Bahan:
250 gm                  fresh cream [non-dairy whipping cream] [VIVO]

Cara-cara:
1.       Pukul fresh cream hingga kembang & soft peak.
2.       Paipkan ke atas pavlova based yg telah sejuk. Hias dengan buah-buahan seperti strawberry, kiwi hijau & anggur.



2 pcs pavlova bersaiz 6 inci. saya jual pada harga RM15 sahaja.

pelanggan ni rekues nak buah anggur & strawberi sahaja. mungkin tidak gemar buah kiwi hijau. 

Friday, July 4, 2014

Tempahan Mini Pretzel

Tempahan daripada Azimah, Batu Pahat, Johor. 

Pelbagai jenis rasa Mini Pretzel iaitu Chocolate, Strawberry, Butterscotch & Mint. 

Terdapat dalam 2 saiz bekas: 21 pcs & 66 pcs. 

Terima kasih atas kesudian anda untuk membuat tempahan. (^_^)








Friday, June 20, 2014

Stok Mini Pretzel

Assalamualaikum. 

Perhatian kepada pelanggan yg nak beli Mini Pretzel / Stick Pretzel, boleh inbox kami di FB. 

Terima kasih. 


Sunday, March 2, 2014

Mini Pretzel

Assalamualaikum,

alhamdulillah, semakin ramai yg mahu mendapatkan Mini Pretzel..